Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas dan CPR terus mendapat sambutan yang baik daripada pihak Industri kerana kursus ini memberikan banyak pendedahan berkaitan cara-cara menangani sesuatu kemalangan di tempat kerja. Peserta-peserta yang lulus peperiksaan akan dianugerahkan Sijil Kelulusan.
Pada 14hb dan 15hb oktober 2010 yang lalu Syarikat JCY HDD Sdn Bhd telah berjaya menamatkan kursus tersebut dengan 22 orang peserta. Hanya seorang peserta yang gagal dalam menjawab kertas soalan peperiksaan. Syabas kepada semua yang telah berjaya.